Blog ini tentang Embun, ditulis oleh Ummi dan Ayahnya buat kenangan Embun masa hadapan.
RSS

Tuesday, August 10, 2010

Embun's fav video clip



Si Embun sgt suka lagu ni dan video klip ni.. kalau dia dgr mesti dia duk menari2 sama dan kepala ke kiri ke kanan.. enjoy la tu! hik hik.. comei je...

Wednesday, May 5, 2010

Embun si kecik

"em, ummi ni makan tak kasi kite sama... "

"Sedapnya oren ni.. 1st time rasa!"


Embun sudah setahun lebih... beratnya hanya 7.4kg bulan lepas.. Embun sekarang sudah ada 3 batang gigi.. Dia sudah pandai makan apa sahaja yang disuap.. TETAPI... Dia hanya makan makanan yang dia suka! huhu.. bila makanan yang dirasanya tak sedap mulut dia, dia akan keluarkan semula makanan tu! huhu...

Contohnya bila saya menyuap nasi bersama sayur, dia akan keluarkan semula.. tetapi bila nasi bersama ikan atau ayam, dia akan makan dengan seronoknya. Begitu juga dengan yogurt. Embun sudah ada preference dia sendiri. Dia cukup gemar memakan yogurt perasa strawberi.. bila disuap perasa peach atau mango, dia akan menggelengkan kepala dia dan menutup mulut serapat-rapatnya. Memang cerdik sungguh dia! :)

Embun boleh dikatakan 99.8% menyusu badan.. lagi 0.02% susu formula kerana kadangkala atas urusan penting, saya terpaksa tinggalkan nadaa bersama pengasuh atau dihantar ke rumah rakan di sini. Walaubagaimanapun, susu itu dia hanya mungkin minum 1 atau 2 oz.. kadang juga dia tidak minum langsung! Sejak dia 6 bulan, dia hanya menyusu badan sebelah kanan sahaja. Pada mulanya ianya agak merunsingkan saya. Tetapi atas nasihat doktor, tidak ada apa yang harus dirisaukan kerana asalkan dia kenyang, sudah memadai. Sebelah kiri kadangkala saya terpaksa pump dan beri mengunakan botol atau sudu. Sekarang ianya semakin kering.. dan sebelah kanan masih banyak dan dia masih gemar menyusu badan sebelah kanan.

Embun tidak pandai menyusu menggunakan botol susu. Selalunya saya akan memberinya air masak mengunakan cawan. Dia cukup suka minum di dalam cawan kerana dia akan meniru gaya saya meminum air.Jus buah turut saya beri kepada Embun, kadang kala apabila saya beri jus di dalam botol susu, dia hanya menggigit-gigit puting botol itu. Dia kelihatan sangat comel!

Bulan lepas Embun genap setahun.. mungkin birthday wishes nya inginkan adik.. Alhamdulillah, Embun bakal dapat adik mungkin di hujung tahun ini atau awal bulan tahun depan. Semakin meriah la keluarga kecil kami di Islamabad ini. :)

1st Brithday

Let's cut the cake! :) ummi yang terover excited~


Small party, but we really enjoyed it!

i'm hungry!! where's my cake?


waiting for the guest to come..



15 April 2010, a small party was held in our garden.. and only few friends were invited because i had an important meeting that day. i only prepared the dishes in the afternoon.. at first, my husband do not want to celebrate Embun's birthday.. but after i had convinced him that celebrating birthday is important for me, then, he decided to make a small party for her...


It was really joyfull that evening.. i cooked 'mee goreng' and my husband helped me to 'goreng keropok'.. we also bought a 'blueberry cheese cake' for Embun.. it was our favourite cake! ( 3 of us!) and we hope the guest were also enjoying the small party..


Embun , we loves you so much!!!! hope you'll be a solehah girl.. :)







love .. love .. love...



ummi nadaa







Thursday, April 1, 2010

Embun Pergi Umrah

Benarlah agaknya kata orang nama akan mempengaruhi pemilik nama itu sendiri. Apabila saya menamakannya Embun barangkali dia akan menjadi seorang yang sejuk, tenang dan damai, sama seperti sifat embun. Dia tidak pernah merengek atau menangis jika kami bawanya berjalan-jalan walaupun di bawah terik panas matahari di tengah hari musim panas.

Minggu lepas Embun sampai ke tanah suci Madinah dan Mekah untuk mengerjakan umrah dan ziarah, ketika Embun cuma berumur 11 bulan dan berat badan cuma 8kg. Ke mana-mana pun kami pergi Embun dicuit-cuit orang pelbagai bangsa, terutamanya orang Turki dan Arab. Ke mana-mana pun kami pergi mereka datang mengucup dahi Embun, mengucup jari mereka dan mencuit pipi Embun sambil berkata "mashaAllah, mashaAllah".

Pada suatu malam di Madinah kami pakaikan Embun dengan abaya hitam dan tudung merah, dia kelihatan sangat comel. Dan sewaktu kami melepak di dataran di hadapan masjid nabawi orang yang lalu-lalang tidak putus-putus menyapa kami dan ada yang berhenti untuk mengambil gambar Embun. Beberapa pertempuan Turki meminta kebenaran untuk mendukung dan mengambil gambar bersama-sama mereka. Dan mereka sibuk berkata-kata kepada kami dalam bahasa Turki yang langsung kami tidak fahami.

Sewaktu saya melakukan sa'ie, Embun ketawa terbahak-bahak ketika saya berlari-lari anak di antara dua lampu hijau. Saya mendukungnya menggunakan alat dukungan khas yang disangkut pada kedua-dua belah bahu. Mungkin Embun fikir saya sedang bermain-main dengannya, dia kelihatan sangat seronok. Untung juga menjadi Embun, sudah dapat ke Mekah dalam usia yang sangat muda. Tetapi apabila Embun besar nanti tentu Embun akan berkata, "apa yang untungnya? Saya dibawa ke Mekah semasa saya masih sangat kecil, sekarang saya sudah tidak ingat apa-apa lagi tentang perjalanan itu".

Tuesday, February 23, 2010

Keluarga Melayu di Pakistan

Sudah hampir 9 bulan kami menetap di Islamabad, Pakistan..

Kami semakin biasa hidup di sini, tanpa banyak soal dan kritik, kami semakin boleh menerima budaya orang di sini.
Dan, di halaman depan rumah kami sewa inilah, kami banyak menghabiskan masa bersantai bersama2. Kadang2 kami berkelah makan tghari, kadang2 juga bermain badminton.

Embun sudah 10 bulan lebih.. lagi dua bulan akan mencecah umur 1 tahun!!!
Oh cepatnya masa berlalu...

Bahagianya hidup ni Tuhan kurniakan kita anak.. memang rasa sempurna sekali, ada anak yang comel dan nakal, ada suami yang gila2 dan baik hati..
Terima Kasih Tuhan...

Alhamdulillah...


Ayah Embun cukup manjakan Embun, Ayah seringkali mendukung Embun bila kami berjalan keluar.
Embun memang budak yang pintar, aktif dan comel!!!!Dia jarang meragam atau menangis bila keluar rumah. Alhamdulillah, senang nak bawa berjalan2.

Di mana saja kami pergi di Pakistan ini, pasti ada yang tertarik kepadanya. Baru2 ini Embun dapat hadiah baru lagi, subang emas daripada sahabat ayahnya di Rawalpindi. Akan ummi pakaikan bila Embun besar nanti.. =)





Tuesday, January 19, 2010

Embun's check up!

Embun already reach 9 month!

Alhamdulillah...

On the 17th Jan 2010, we went to IHS Clinic (clinic that we used to go in Islamabad), and ayah brought us by his new car..

:)

Bravo ayah!

Then, bila timbang berat, berat cuma 7.1kg... berat tak naik banyak selepas hampir 3 bulan tak pegi check up. Previous check up was when she's 6 month and the weight was 6.3kg

Bila jumpa doktor pula, as usual, doktor akan complain about her growth,
"she's underweight.. u shud give her meal at least 5 times a day!"

hah? 5 times a day?... wow.. before this i only gave her meal twice daily.. hahaa.. no wonder she sooo kecik, but bila difikirkan balik, i was kecik too when i was a child! so.. maybe its in the gen! hahaa... ye ke?

Tapi apa pun, asalkan she's healthy and happy, that's enough.. :)

Dan bila time injection, seperti biasa, ummi tak sanggup nak tengok, nervous! hehe... ayah je yang masuk dalam bilik teman Embun kena inject.. huhu.. Embun menangis kejap je, then bila ummi ambil, terus diam.. u are such a strong girl!!

Semoga Embun membesar dengan sihat dan ceria ye sayang.. love u so much!!




P/s: to Embun, when u read this, please excuse my 'rojak' language! hehee... jangan tiru gaya bahasa ummi ni tau, nanti ayah marah.. ;p

Wednesday, January 13, 2010

Sudah Pandai..

Esok Embun akan mencecah umur 9 bulan...

Yay! Cepatnya anak ummi membesar dan pastinya Embun makin pandai.. pandai apa ye?



** berdiri

** keluar dengan sendirinya dari walker.. - oh, itu amat menakutkan saya!

** nak suap makanan sendiri

** berinteraksi, dah makin faham apa yang ummi dia kata.. if i say NO, then she''ll look at my face and buat muka blur...

** makin lah nakal..

** suka sepah2kan barang.. especially rak yang kami susun CD, habis dipunggahkannya... huhu

**suka nak tolong ummi lipat kain.. yes, kain yang TELAH dilipat ye, dia akan ambil, konon2 nak tolong sama.. acecehh... geram tau!!!

** dah pandai nak masuk benda dalam mulut.. aiyoo.. sudah 3 kali terjadi
1. makan bulu carpet
2. benang stoking
3. bunga hairband yang tertanggal
adoila.. memang buat ummi dia cuak je!

** suka makan yogurt and oren! comel je... :)

** dah pandai nak kiss kiss! i like!!!!


ok, here some pic of her yang nakal.. ;p


aip, nak amik apa tu??..


Embun and her Donald Duck!


Port yang paling disukainya.. depan pintu entrance


Hi, Embun here. Tempat mainan dia.. habisla CD ayah dia..
Chaiyok Embun, semoga makin cerdik dan membesar jadi anak yang solehah.. amin~