Blog ini tentang Embun, ditulis oleh Ummi dan Ayahnya buat kenangan Embun masa hadapan.
RSS

Monday, January 3, 2011

Embun benar2 sulung

5 December 2010, Embun mendapat seorang adik perempuan.. adiknya kami gelar 'Kekwa'.. Embun sangat gembira saat melihat ada bayi yang lebih kecil daripadanya. Tidak ada reaksi cemburu atau marah apabila saya atau ayahnya memegang Kekwa.

Kekwa- day 1

Setiap pagi apabila Embun baru sahaja bangun dari tidur, dia terus saja mencari Kekwa sambil menyebut "baby, baby.." dan sekarang dia sudah mulai menyebut "wawa, wawa.." walaupun banyak kali saya membetulkannya supaya menyebut Marwa.. :) Setiap hari lebih 20 kali Embun akan mencium pipi Kekwa. Sikap Embun sangat menyenangkan hati.Embun juga sudah menunjukkan sikapnya sebagai kakak sulung. Dia memang boleh diharap. Pernah sekali sewaktu saya agak keletihan, saya mengeluh dan sengaja berkata kepada Embun, "kakak,tolong ambik pampers adik, ummi nak tukar diaper dia.." Terus saja Embun masuk ke bilik tidur saya dan kemudian datang kepada saya dengan sekeping pampers. :)>Gigi Embun sudah hampir penuh, sekarang dia sudah punyai gigi geraham. Itu memudahkan Embun makan apa sahaja yang diberi kepadanya. Saya akan memastikan Embun makan di atas "high chair" atau pun di bawah pasti beralaskan surat khabar atau table mat. Kadang apabila Embun mahu makan sesuatu, walaupun sebiji oren, dia akan mengambil alas surat khabar atau table mat dengan sendiri tanpa disuruh! :)

Tadi saya melihat Embun membawa dua mug yang terdapat di bilik tv ke dapur dan meletakkannya di dalam sink. Embun akan memastikan cawan atau pinggan yang telah digunakan diletakkan di dapur. Oh,MashaAllah, bijak sungguh anak ummi ini. Ummi doakan Embun menjadi anak yang solehah, sentiasa riang dan kakak yang baik.. amin...