Blog ini tentang Embun, ditulis oleh Ummi dan Ayahnya buat kenangan Embun masa hadapan.
RSS

Saturday, November 5, 2011

Embun dua tahun

Embun anak yang bijak... pagi2 sudah bangun dan bertanya, "ummi nak work, wawa nak gi school?".. :)
dan terus saja dia bangun dan berkata ,"nak salam!"

Embun duduk dengan tok mama di rumah sementara ummi pergi kerja,,, dan adik Kekwa di taska ..kesian juga mereka dua beradik, terpaksa berjauhan sementara ummi nak cari pembantu atau pengasuh buat mereka berdua.. nanti dah ada pengasuh, dua2 boleh la duduk rumah...

Tok mama pula sudah berumur 63 tahun... kesihatannya tidaklah seperti orang muda2.. nak bangun sedikit, sudah mengaduh sakit lutut.. bayangkan mahu jaga dua beradik sekali. tak sampai hati ummi nak biarkan mama jaga mereka....minggu depan tok mama akan buat pembedahan telinga dan mata... lepas ni siapa pula nak jaga Embun, mungkin Embun yang kena jaga tok mama pula.. :)

Satu hari, Ummi lihat Embun solat maghrib sendiri. Ummi bermain dengan adik sementara Embun kusyuk hampar sejadah dan solat.. tiba, ummi terlelap... dan ummi terdengar suara orang bernyanyi..dan menyebut "Allah..." rupa2nya Embun sedang mengaji al quran! comel je kamu ni Embun.. semoga besar nanti kamu menjadi anak yang solehah..


No comments:

Post a Comment