Blog ini tentang Embun, ditulis oleh Ummi dan Ayahnya buat kenangan Embun masa hadapan.
RSS

Wednesday, December 9, 2009

I believe i can fly~


Seawal usia 37hari, Embun sudah naik flight! Waktu itu dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.. Ummi sedang dalam pantang, sambung berpantang di rumah Tok Mama. Dan kemudian, umur 44hari Embun sudah naik pernerbangan antarabangsa ke Islamabad, Pakistan!.. Dalam flight tu Embunlah yang paling kecil.

Ummi mulanya sangat takut nak naik flight bila mengenangkan Embun sangat kecil, orang tua2 kata, telinga bayi sensitif, kalau naik kapal terbang kemungkinan akan rosak gegendang telinga. Sebenarnya Ummi dan ayah telah pun bertanyakan doktor samada bahaya atau tidak membawa bayi bersama dalam kapal terbang. Alhamdulillah, semuanya selamat. doktor pesan supaya ummi menyusukan Embun bila take off & landing bagi mengelakkan telinga berdengung sewaktu perubahan tekanan udara.

Before depart to Bangkok, Embun & Tok Mama

37days, in Shah Alam


Transit in Bangkok.. waiting for Thai Airways to Islamabad,Embun 6 month plus

At Benazir Bhutto Airport, Rawalpindi. Embun excited want to go to Karachi

yess baby, u can fly, no harm! :)
and i'm sure u believe that u can fly!

Little note

Entri di bawah semua ni dihimpunkan dari blog mawar dan nafastari yang lepas..
Yang mana dah baca blog kami tu memang familiar dengan entri kat bawah ni kan? ;)
Nway, next update tentang Embun akan kami post di blog Embun ini.

;)


Enjoy reading Embun!
We love u sooooo much.. :)

Mere Bete 5 Maheni Ki Hogae Hai

Hari ini 15 September genaplah lima bulan usia Embun. Sewaktu mula-mula datang ke Pakistan dia cuma berusia 44 hari dan sangat kecil. Sekarang dia sudah boleh meniarap dengan sendiri dan bergolek-golek ke kiri atau ke kanan dengan cepat. Mawar sudah tidak berani membiarkannya dia bersendirian di atas katil tanpa meletakkan halangan bantal di sekelilingnya. Beratnya pada hari ini 5.7 kg. Walaupun menurut doktor ianya kurang memuaskan bagi seorang bayi yang berusia 5 bulan, tetapi saya tidak kisah sangat asalkan dia sihat dan aktif. Lehernya sudah kuat dan dia mampu menegakkan kepalanya sendiri tanpa perlu disokong lagi. Suaranya ketika menangis terlalu kuat bagaikan tidak sesuai dengan saiznya yang kecil, sehinggakan boleh menakutkan orang yang tidak biasa mendengar dia menangis. Embun juga sudah mula pandai "bercakap" dalam bahasa yang hanya boleh difahami oleh dia sendiri.

Ke mana-mana pun kami pergi dia tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai. Besar kemungkinan kerana muka comelnya yang berbeza daripada rupa bayi Pakistan tipikal, ramai yang melihatnya akan mencubit atau mencuit-cuit manja pada pipinya. Dan selalunya Embun membalas dengan senyuman yang sangat manis, yang membuatkan mereka menjadi sangat geram padanya.

Kalau dulu Embun pernah dihadiahkan dengan mangkuk seramik kecil, minggu lepas pula sewaktu membeli-belah di Rawalpindi, seorang peniaga pinggan mangkuk dan peralatan dapur telah menghadiahkannya satu mangkuk kecil beserta cawan besi (steel). Nampaknya Tuhan selalu memurahkan rezeki Embun serta sekeluarganya.

Embun Menjadi Syabnam

Anak perempuan saya cepat menyesuaikan dirinya di tempat baru dengan cuaca dan iklim yang baru. Jika saya dan Mawar menghadapi kekeringan kulit dan sebagainya tetapi Embun langsung tidak mempunyai apa-apa masalah berkaitan cuaca di musim panas. Pada saya dia kelihatan sangat comel, kulitnya cerah. Jika suhu terlalu panas kulitnya akan kelihatan sedikit kemerahan, tetapi dia tidak apa-apa. Keadaan kesihatannya sangat baik dan dia membesar dengan cepat. Buat masa sekarang ini dia tidak makan dan minum apa-apa kecuali susu ibunya sahaja. Sewaktu datang ke Islamabad beratnya cuma 2.9 kg, tetapi sekarang dia sudah menjadi lebih berat. Pada 15 Jun yang lepas sewaktu membawanya ke klinik kesihatan bayi untuk suntikan, beratnya sudah mencecah 4.2 kg. Sekarang mungkin sudah hampir 5 kg.

Semalam kami semua ke Pasar Kohsar terletak di Sektor F6, tidak berapa jauh dari tempat tinggal kami. Penjual di sebuah kedai sangat tertarik dengan dengan Embun dan bertanyakan namanya kepada saya. Saya memberitahu namanya Embun dan jika diterjemah dalam bahasa Urdu namanya menjadi Syabnam, dan jika dalam bahasa Arab, ia menjadi Nadaa. Orang Pakistan sangat sukar menyebut Nadaa, tetapi nama Nida adalah sangat popular dan biasa. Penjual yang bernama Imran itu sangat menyukai nama baru Embun- Syabnam. Semasa kami membayar di kaunter dia menghadiahkan satu mangkuk seramik kecil yang cantik, untuk Syabnam.

Syafaakillah II

Sudah lima hari Embun berada di wad, malam-malam tidur tanpa ibunya. Dijemur bawah sinar biru terapi lampu dalam keadaan yang tidak berbaju, cuma lampin. Jika dia menangis tiada siapa yang memujuknya atau mendukungnya. Dicucuk-cucuk jarum untuk diambil darah mungkin dua atau tiga kali sehari. Diberi susu badan oleh Mawar yang mampu melawatnya sekali sehari, atau susu badan yang telah dipam ke dalam bekas khas dan dihantar oleh saya ke hospital, dan selebihnya diberi susu formula oleh jururawat mengikut waktunya. Peraturan wad di hospital tidak membenarkan bayi dijaga oleh ibu pada setiap masa. Saya tidak tahu bagaimana mereka menukar lampin dan menyusukan Embun.

Dalam setiap hari untuk empat hari pertama keadaan Embun bertambah baik. Setiap hari kadar billirubin dalam darahnya menurun dengan banyak. Jadi pada hari kelima kami fikir ia akan dibenarkan pulang untuk menjalani hidup seperti bayi yang biasa bersama ibu bapanya di rumahnya. Tadi dengan perasaan yang sungguh teruja dan gembira kami berdua ke hospital bersama segala pakaian dan kelengkapannya untuk menjemputnya pulang. Tidak sabar-sabar untuk memeluk dan menciumnya.

Tapi doktor memberitahu tahap billirubin dalam darahnya untuk hari ini tiba-tiba kembali naik dan dia perlu diletakkan semula bawah terapi lampu. Air mata Mawar jatuh lagi. Kami pun pulang ke rumah bersama pakaian dan kelengkapannya, tanpa Embun. Saya tidak tahu mahu cerita apa lagi tentang teruknya perasaan kami.

Syafakillah

Sudah lama saya tidak pernah berasa bimbang, gusar dan sangat sedih begini, kali terakhir mungkin sewaktu menerima berita bahawa ibu saya diserang angin ahmar dan menjadi lumpuh sebelah badan tujuh tahun yang lalu. Tapi kali ini ia berkenaan dengan Embun dan lebih perit lagi saya terpaksa membuat pilihan antara dua pilihan yang sangat sukar. Kerana kedua-dua pilihan tersebut mempunyai risikonya yang tersendiri.

Embun diserang jaundis dengan teruk ketika umurnya cuma 3 hari dan telah diarahkan masuk ke wad. Dia terus diberi rawatan terapi lampu (phototherapy). Oleh sebab bacaan tahap kekuningannya terlalu tinggi, doktor ingin melakukan prosedur pemindahan darah (ET) ke atasnya dan memerlukan kami untuk memberikan persetujuan secara bertulis. Jika kami tidak bersetuju dengan dengan prosedur tersebut Embun akan berisiko mengalami kecacatan seperti lumpuh, pekak, buta, malah kematian. Dan jika kami bersetuju risikonya juga besar iaitu reaksi pemindahan darah yang negatif, komplikasi dan jangkitan kuman yang juga boleh membawa kepada kematian sekiranya prosedur ET tersebut gagal. Akhirnya setelah berbincang dengan doktor dan membuat sedikit pembacaan kami bersetuju untuk melakukan prosedur ET sekiranya itu yang difikirkan perlu oleh pakar paediatrik.

Tetapi pada malam itu kami diberitahu oleh doktor bahawa Embun sudah tidak memerlukan ET kerana bacaan darahnya sudah turun dengan drastik sekali, iaitu 300 berbanding 495 sewaktu dia mula-mula dimasukkan ke wad. Itu sangat-sangat melegakan kami dan Mawar menyambut berita itu tangisan gembira dan terharu. Alhamdulillah.

Embun masih lagi di hospital, petang tadi sewaktu menghantar susu badan yang telah di sediakan oleh Mawar kepadanya di hospital saya melihat dia menangis dengan kuat. Terdapat kesan-kesan jarum dengan banyak di kedua-dua belah tangan dan kakinya. Terdapat juga kesan kemerah-merahan di perutnya dan bintik-bintik kemerahan di kebanyakan bahagian badannya. Doktor pun belum pasti jika ianya kesan daripada kepanasan terapi lampu atau alahan kepada jenis lampin yang digunakan. Setakat petang tadi bacaan darah Embun sudah menurun ke 205 dan doktor membayangkan dia akan dibenarkan pulang lusa, Khamis.

Ada banyak sebab untuk bayi baru lahir menjadi kuning. Bayi yang dilahirkan pra-matang lebih cenderung terkena kuning iaitu sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir. Antara penyebab lain ialah trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum, jangkitan kuman di dalam darah, jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma, masalah tidak serasi dengan darah ibu (Coombs Positive), masalah dengan enzim darah merah (G6PD), hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism) dan masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson). Setelah semua penyebab di atas telah dikenal pasti negatif, jaundis besar kemungkinan disebabkan oleh susu ibu!

Dan kami sangat khuatir jika Embun mendapat jaundis teruk disebabkan oleh susu ibu kerana dia aktif menyusu pada tiga hari pertama. Dan setelah mengetahui fakta ini Mawar terus sahaja memberhentikan segala pengambilan jamu tradisional dan herba-herba yang sebenarnya boleh diambil selepas jangka masa tertentu selepas bersalin. Kami berasa sangat kesal dan menyesal kerana tidak pernah mengetahui apa-apa tentang fakta ini lebih awal. Tetapi ini merupakan pengalaman kelahiran yang pertama dan banyak yang kami perlu belajar dan terokai. Maafkan kami Cik Embun.

Ibarat Sehelai Kain Putih

Malam tadi saya sangat gembira kerana Tuhan telah meminjamkan saya sehelai kain putih yang bersih suci. Kain putih itu adalah untuk saya corakkan apa-apa sahaja warna yang saya suka. Sekarang bahu saya berasa sungguh berat kerana memikirkan bagaimana harus saya mencorakkan kain putih itu. Ia suatu tanggungjawab yang sungguh besar dan memerlukan perancangan yang rapi. Dunia dan keadaan sekeliling mungkin tidak banyak membantu, saya risau jika akan ada tertumpah warna-warna yang tidak saya ingini.

Ia lahir pada pada tengah malam 15 April, sepuluh hari lebih awal dari tarikh jangkaan doktor. Dia sangat kecil, cuma berat 2.4kg dan mempunyai bau yang sangat mengasyikkan, seperti juga bau bayi-bayi lain. Saya melihat dia membuka matanya dengan luas dan ramai berkata matanya kelihatan seperti mata saya. Tetapi warna kulitnya mengikut warna kulit Mawar yang jauh lebih cerah daripada saya.

Warna biru biasanya dikaitkan dengan bayi lelaki dan merah jambu untuk bayi perempuan. Selalunya ibu bapa akan membeli pakaian dan peralatan bayi mengikut warna tersebut bagi menzahirkan jantina anak-anak mereka. Tetapi saya tidak berminat untuk membelikan segala yang berwarna merah jambu untuk bayi perempuan saya. Bukan kerana apa-apa yang penting tetapi ia selalu mengingatkan saya kepada puteri-puteri yang saya kurang sukai atas sebab-sebab tertentu. Ia sekadar pendapat peribadi dan tidak harus dipersetujui oleh semua orang. Lalu saya memilih ungu, dengan harapan supaya dia akan menjadi seperti nisa' yang sangat menjaga tatasusilanya. Semoga dia akan membesar untuk sentiasa menjadi manusia yang terbaik.

Ramai orang bertanyakan nama bayi saya ini melalui kotak komen di bawah. Saya menamakannya sebagai Nadaa, diambil dari perkataan Arab yang bermaksud embun. Ada yang telah bertanyakan kenapa namanya terlalu pendek dan ringkas. Saya menyukai nama yang pendek dan ringkas kerana ia kedengaran lebih moden dan bijak, lagi pun nama yang panjang-panjang dan pelik-pelik tidak pernah menjanjikan apa-apa. Tentang Nadaa, anda juga boleh memanggilnya dengan nama Embun!

Baju Kurung Pertama




Dulu-dulu sewaktu saya masih di sekolah menengah, dan sewaktu ibu saya belum diserang penyakit strok, saya pernah belajar menjahit baju melayu daripada beliau. Seingat saya, mungkin saya pernah menjahit lebih daripada 7 helai baju melayu termasuk baju melayu kepunyaan saya sendiri. Saya tidak pernah belajar menjahit baju kurung, tetapi selalu melihat bagaimana ibu dan kakak-kakak saya memotong dan menjahit baju kurung. Menurut mereka membuat baju kurung sangat senang sekali dan jika seseorang mampu menjahit baju melayu tentu mereka juga akan tahu bagaimana menjahit baju kurung.

Syawal tahun ini saya buat pertama kalinya saya menyambutnya dengan anak perempuan saya yang sudah berusia lebih 5 bulan. Tiba-tiba Mawar mencadangkan supaya saya menjahitkan sepasang baju kurung untuk Embun dan saya sangat teruja untuk mencubanya. Saya beranikan diri memotong sepasang baju kurung untuk Embun daripada sehelai kain dupatta yang berwarna merah jambu. Sewaktu hendak memotong pesak saya terpaksa menelefon kakak saya di Terengganu bagi mendapatkan tunjuk ajarnya kerana saya kurang pasti bagaimana mereka memotongnya. Saya memotong bahagian baju, dan Mawar pula membuat kain susunnya.

Sebenarnya kami tidak punyai mesin jahit, lalu terpaksa menjahit dengan jahitan tangan. Pada mulanya saya tidak kisah badan saya yang lenguh kerana asyik menunduk bagi menyiapkan jahitan baju tersebut. Tetapi akhirnya saya tewas dengan kemalasan saya dan tidak berjaya menyiapkan baju tersebut untuk hari raya pertama. Mujur akhirnya saya mendapat tahu kawan Malaysia saya mempunyai sebuah mesin jahit di rumahnya dan dia sudi meminjamkan saya untuk menggunakan mesin itu. Di hari raya ketiga akhirnya Embun memakai sepasang baju kurung yang dijahit dengan penuh kasih sayang. Tetapi untuk raya tahun hadapan, Embun tidak perlu risau lagi kerana ayahnya sudah berkira-kira untuk membeli sebuah mesin jahit.

Embun Nafastari

Hari ini genap usia Embun 7 bulan!
Embun sekarang dah pandai apa ye?..
Dia..

* merangkak tapi kadang2 dia penat, dia menyulur je..
* sedang belajar nak duduk, masih jatuh2 lagi.
* suka main mainan.. esp benda yg bergolek2 dan ada tali..
* suka capai benda yang bukan mainan dia- cth wayar!
* kurang tido - aish, ini la susah ni...
* suka golek2, cepat je dia dh berubah tempat kalau dia nak apa2..
* dah pandai menangis kalau orang takde kat dalam bilik.
* suka menjerit kuat2, test vokal la tu! ;p
* suka membebel.. bahasa baby la tapinya
* sibuk nak bercakap juga bile orang cakap telefon
* suka senyum!
* pandai ketawa terkekek2.. cute sgt! (haha, puji anak sndiri..)
* benda yang paling dia suka adalah.. handphone dan remote control!, dan wayar ye!
* masih menyusu badan, tapi kurang makan! huhu

okayla.. tu je kot yang stakat ni boleh ingat...
kat bawah ni gambar Embun 6 bulan lebih...








Embun FOUR month! :)




Embun sudah empat bulan! Sekejap je masa berlalu kan? ;p Bermakna hampir 3 bulan juga lah kami kat Pakistan ni. Tadi petang Embun kena cucuk.. kesian dia, tiap kali kena cucuk aku mesti tak sanggup nak tengok. Mesti ayah dia je yang masuk masa doktor inject dia. Lepas tu baru aku amik tenangkan dia. huhu

Sekarang ni Embun dah mula cakap2! (bahasa dia la tapinya). Pastu suke menjerit, kalah budak umur 4 tahun. haha.. Dan yang paling best, dia dah meniarap! Yang lucunya bila dia dah dpt meniarap, dia pun menangis. Panik agaknya tiba2 ada view lain, perut dengan sendirinya ada atas tilam. Selalunya kan duk terbaring je, badan yang kat atas tilam. hehe..

Embun suka duduk dalam stroller. Bila time aku masak, aku mesti bawak dia pegi dapur dan letak dia dalam stroller. Esok beso2 mesti rajin tolong ummi kat dapur sbb kecik2 aku dah train dia duk dapur. hihi.. best2...

Thank You Allah for granting me such a cute little baby. :)

Embun Playing

video

Embun Fav Song!

Embun

"Hai, saya Embun, saya baru lihat dunia hari ini" (pic masa dia 2 jam selepas dilahirkan)


Embun @ 1 day

aksi tido bdk comei ni..

oooohhh....

"bestnya bantal peluk alang bagi ni!"

bestnya jadik zirafah!..

Embun gembira memakai baju skirt..

"Saya nak tukar lampin lah ummi!, cepatla.."

main2 kenyit mata plak bdk comei ni..

"gaya mcm ni ok tak ummi?.. hehe"

Mawar Junior


Wan Nadaa @ Cik Embun
Rabu 15 April 2009
11.22 pm

ALHAMDULILLAH..... :)

Maybe it's a GIRL

Khamis lepas aku buat ujian ultrasound. Tujuan ultrasound dibuat sebab nak tengok kedudukan placentaku. Aku amat berdebar kerana sekiranya placenta masih di bawah, aku akan ditahan di hospital. Sepanjang waktu menunggu giliran nama dipanggil aku berdoa dan berzikir moga2 placenta sudah naik. Bila sampai di bilik ujian ultrasound, doktor senyap buat beberapa minit. Kemudian dia bersuara,
“em, Nampak macam perempuan je!”

Aku tersenyum gembira bila dia memberitahuku jantina anakku. Tetapi perasaan berdebar dan ingin tahu kedudukan placenta lebih banyak berbanding jantina. Aku tidak berhenti berzikir dalam hati bila doktor memeriksa perutku. Aku masih berharap agar placenta itu sudah naik. Akan tetapi, doktor akhirnya bersuara,
“placenta awak ni masih di bawah…”

Aku berasa sangat hampa dan kecewa waktu itu. Rasa seperti ingin menangis tapi aku tahan je. Kemudian doktor itu zoom muka baby dan buat pertama kali aku melihat muka baby dalam ultrasound. COMEL SANGAT!!!!!!!!! Dia nmpk tembam dan sebelah tangannya menutup muka. Jadinya aku hanya dapat melihat separuh mukanya. Subahanallah, indahnya ciptaanMu. Hati aku terubat sikit bila melihat wajah baby. Pandai juga doktor itu mengambil hati aku. Hehe..
Tapinya, petang itu aku terpaksa bermalam di hospital …

Hospital oh hospital…..

Welcoming Baby


Minggu lepas aku dan suami shopping beli barangan baby...

yea, kandungan aku dah genap 26 minggu bulan ni.. bersamaan 6 bulan 2minggu .. another 98 days to go.. yeye!! :P
rasa excited dan tak sabar rasanya nak melahirkan baby yang aktif menendang perut aku skang ni.. hehe.. kalau lepas makan makin aktif baby ni tendang2! seronok dan rasa geli2~ hehe

kami beli barang2 basic je..

  • 3 pasang baju newborn
  • lampin

  • drypers for newborn

  • baby wipe

  • baby toiletries (packet kecik je)

  • baby coat

  • tilam baby + bantal + selimut

  • changing mat
  • stokin tangan dan kaki - 2 pasang

  • botol susu - 2 yang kecik

  • towel baby

ha.. rasanya itu je kot yang kami beli.. rasa seronok sangat bila pilih2 baju baby.. macam tak sangka je yang tak lama lagi aku akan jadi ibu!!!! hehe.. disebabkan kami tak scan jantina lg, kami cuma beli baju dan barang2 baby yang berunsurkan warna putih, hijau, kuning dan coklat je.. :)