Benarlah agaknya kata orang nama akan mempengaruhi pemilik nama itu sendiri. Apabila saya menamakannya Embun barangkali dia akan menjadi seorang yang sejuk, tenang dan damai, sama seperti sifat embun. Dia tidak pernah merengek atau menangis jika kami bawanya berjalan-jalan walaupun di bawah terik panas matahari di tengah hari musim panas.
Minggu lepas Embun sampai ke tanah suci Madinah dan Mekah untuk mengerjakan umrah dan ziarah, ketika Embun cuma berumur 11 bulan dan berat badan cuma 8kg. Ke mana-mana pun kami pergi Embun dicuit-cuit orang pelbagai bangsa, terutamanya orang Turki dan Arab. Ke mana-mana pun kami pergi mereka datang mengucup dahi Embun, mengucup jari mereka dan mencuit pipi Embun sambil berkata "mashaAllah, mashaAllah".
Pada suatu malam di Madinah kami pakaikan Embun dengan abaya hitam dan tudung merah, dia kelihatan sangat comel. Dan sewaktu kami melepak di dataran di hadapan masjid nabawi orang yang lalu-lalang tidak putus-putus menyapa kami dan ada yang berhenti untuk mengambil gambar Embun. Beberapa pertempuan Turki meminta kebenaran untuk mendukung dan mengambil gambar bersama-sama mereka. Dan mereka sibuk berkata-kata kepada kami dalam bahasa Turki yang langsung kami tidak fahami.
Sewaktu saya melakukan sa'ie, Embun ketawa terbahak-bahak ketika saya berlari-lari anak di antara dua lampu hijau. Saya mendukungnya menggunakan alat dukungan khas yang disangkut pada kedua-dua belah bahu. Mungkin Embun fikir saya sedang bermain-main dengannya, dia kelihatan sangat seronok. Untung juga menjadi Embun, sudah dapat ke Mekah dalam usia yang sangat muda. Tetapi apabila Embun besar nanti tentu Embun akan berkata, "apa yang untungnya? Saya dibawa ke Mekah semasa saya masih sangat kecil, sekarang saya sudah tidak ingat apa-apa lagi tentang perjalanan itu".
Xpe, sekurang2nya... Dia boleh tgk picnya disana.... Sgt beruntung dia....
ReplyDeletealhamdulillah....ain teringin sgt2 nk bwk baby kesane...aminnnn
ReplyDeleteAssalamualaikum, sy akan menunaikan ibadah umrah yg pertama february akan dtg insyaALLAH. akan kesana bersama suami dan anak perempuan yg berumur 10 bulan. Bolehkah sy melakukan tawaf sambil mendukung baby sy menggunakan carier? Boleh pencerahan. terima kasih.
ReplyDelete