"Sedapnya oren ni.. 1st time rasa!"
Embun sudah setahun lebih... beratnya hanya 7.4kg bulan lepas.. Embun sekarang sudah ada 3 batang gigi.. Dia sudah pandai makan apa sahaja yang disuap.. TETAPI... Dia hanya makan makanan yang dia suka! huhu.. bila makanan yang dirasanya tak sedap mulut dia, dia akan keluarkan semula makanan tu! huhu...
Contohnya bila saya menyuap nasi bersama sayur, dia akan keluarkan semula.. tetapi bila nasi bersama ikan atau ayam, dia akan makan dengan seronoknya. Begitu juga dengan yogurt. Embun sudah ada preference dia sendiri. Dia cukup gemar memakan yogurt perasa strawberi.. bila disuap perasa peach atau mango, dia akan menggelengkan kepala dia dan menutup mulut serapat-rapatnya. Memang cerdik sungguh dia! :)
Embun boleh dikatakan 99.8% menyusu badan.. lagi 0.02% susu formula kerana kadangkala atas urusan penting, saya terpaksa tinggalkan nadaa bersama pengasuh atau dihantar ke rumah rakan di sini. Walaubagaimanapun, susu itu dia hanya mungkin minum 1 atau 2 oz.. kadang juga dia tidak minum langsung! Sejak dia 6 bulan, dia hanya menyusu badan sebelah kanan sahaja. Pada mulanya ianya agak merunsingkan saya. Tetapi atas nasihat doktor, tidak ada apa yang harus dirisaukan kerana asalkan dia kenyang, sudah memadai. Sebelah kiri kadangkala saya terpaksa pump dan beri mengunakan botol atau sudu. Sekarang ianya semakin kering.. dan sebelah kanan masih banyak dan dia masih gemar menyusu badan sebelah kanan.
Embun tidak pandai menyusu menggunakan botol susu. Selalunya saya akan memberinya air masak mengunakan cawan. Dia cukup suka minum di dalam cawan kerana dia akan meniru gaya saya meminum air.Jus buah turut saya beri kepada Embun, kadang kala apabila saya beri jus di dalam botol susu, dia hanya menggigit-gigit puting botol itu. Dia kelihatan sangat comel!
Bulan lepas Embun genap setahun.. mungkin birthday wishes nya inginkan adik.. Alhamdulillah, Embun bakal dapat adik mungkin di hujung tahun ini atau awal bulan tahun depan. Semakin meriah la keluarga kecil kami di Islamabad ini. :)
wah sonoknye embun...xpe berat kurang as long as sihat...ummi dia pon kecik jer orgnye mmg keturunan tu...baya dh bape bulan dh prgnnt?
ReplyDeletehaha..Umar di kala setahun baru 6.8kg shj..skrg dh 1thn 4bulan baru naik 8.4kg..alhamdulillah, hasil usaha semua juga..sy bertepuk tgn gembira di klinik kesihatan itu..
ReplyDeleteFatimah dulu mmg tak mahu sayur langsung, bila betul2 lenyek tak nampak baru makan..
sekarang lagi 1bulan mahu ke 3tahun barulah suka makan carrot..sikit2 "nak keret"
Umar pun nampak serupa, bila dah dilumat2kan baru makan sayur..
cubalah bg sayur2 yang manis dan senang lenyek seperti carrot, brokolli n kubis bunga..agak berkesan, mgkin kerana kemanisan tu..
baguslah nadaa suka yogurt, tak pernah cuba lagi utk anak2 sy..vitagen je pernah